BENARLAH, aturan jodoh itu rahsia Allah. Hati mana yang tidak terlvka jika suami yang kita sayangi bermain kasih dengan perempuan lain. Tvlar di TikTok sebuah video yang memaparkan seorang wanita sedang bersanding bersama bekas suami sambil ditemani sahabat baik di atas pelamin.
Namun jodoh pertamanya tidak panjang.
“Saya mendirikan rumah tangga dengan bekas suami pada Disember 2020. Sebelum ini kami merupakan pasangan yang menjalani hubungan jarak jauh (PJJ). Saya di Kedah, bekas suami bekerja Johor. Kami sempat tinggal bersama kira-kira lima bulan saja sebelum berp1sah.
“Dipendekkan cerita, jodoh kami tidak panjang kerana orang ketiga. Saya dapat hidu perubahan pada tingkah lakunya dan pernah bertanya, namun si dia tak jujur.
“Saya minta petunjuk daripada Allah dan semuanya terjawab selepas saya terlihat satu video di TikTok. Saya confront dan si dia mengaku… kami berbincang dan akhirnya mengambil kata sepakat untuk berpisah secara baik.
“Siapa tak $edih apabila dapat tahu… tapi saya cuba juga pertahankan perkahwinan namun mungkin jodoh kami tertulis setakat setahun lima bulan saja,” ujar wanita berusia 28 tahun ini.
Syahida berkata dia dan bekas suami berpi$ah pada Jun 2022.
“Saya banyak menangi$ dan ada kalanya berkongsi masalah dengan sahabat bekas suami disebabkan kami dah berkawan hampir tujuh tahun.
“Dia pun dah putu$ tunang. Kiranya sama-sama nak healing… sama-sama ambil berat. Saya memang anggap dia kawan.
“Tak tahu pula dia kemudiannya ada hati dekat saya. Saya minta beri masa dan ruang. Sebab saya travma juga selepas berpisah. Kalau boleh saya langsung tak nak ada kena mengena dengan mana-mana individu yang ada kaitan dengan bekas suami.
“Tapi effort dia lebih. Dia pandai ambil hati keluarga. Kedua-dua keluarga kami juga memberi restu. Itu yang buatkan hati saya terbuka untuk terima dia,” ujarnya.
Tambah Siti Syahida, bagaimanapun bakal suami dengan bekas suaminya kekal bersahabat sehingga kini dan tidak mengungkit kisah lalu.
Wanita ini dan bakal pasangannya merancang untuk mendirikan rumah tangga pada Jun depan.
Ramai tumpang gembira dengan kehidupan terbaharu Siti Syahida.
“Kepada wanita yang juga lalui kisah sama seperti saya, apa yang boleh saya katakan, move on dan pandang ke depan. Kuatkan hati.
“Saya pun ambil masa juga nak $embuh, sebelum tu dah puas menang1s. Tapi mungkin ada hikmahnya atas apa yang berlaku, Allah kan ada. Percaya bahawa Allah akan susun yang terbaik buat kita,” ujarnya lagi.
Be the first to comment on "Suami Dis0ndol Wanita Lain. Isteri ‘move On’ Cari Cinta Sejati… Tak Perlu Jauh-jauh, BFF Suami Ada Depan Mata"