Amir Raja Lawak Mohon Maaf Kepada Pemilik Nombor Kenderaan AME12

Lebih sedekad dalam industri hiburan, Amir Raja Lawak yang popular dengan tagline ‘I’m sorry’ sering kali mendapat perhatian media dengan celoteh dan telatah beliau. Berjaya muncul sebagai pelakon, pelawak dan usahawan antara yang membuatkan beliau dikenali ramai.

Semalam, pelawak Amir Raja Lawak ada memuat naik perkongsian berjaya memiliki kereta Perodua Alza selepas enam bulan menanti.

Menerusi perkongsian itu, Amir turut berkongsikan gambar keretanya namun menutup dua angka belakang nombor kenderaannya.

Terbaru, Amir memohon maaf kerana menimbulkan kekeliruan berhubung nombor pendaftaran kereta baharunya yang d1sunting dalam gambar dikongsikan sebelum ini.

Amir berkata nombor pendaftaran sebenar keretanya adalah AME1219 dan bukannya AME12 serta memohon maaf kepada pemilik sebenar nombor pendaftaran kereta itu.

 “Assalamualaikum. Saya rasa lepas saya post gambar bersama kereta tadi (semalam), ada salah faham sebab orang anggap nombor saya dua angka itu.

“Sebenarnya ini nombor saya yang betul iaitu AME 1219. Nombor 19 yang belakang itu tarikh lahir saya. Gambar penuh plat saya tadi, saya edit. Dengan ini saya minta maaf juga banyak-banyak kepada pemilik nombor plat AME12,” tulisnya.

Dalam perkongsian terbaru itu, Amir turut memuat naik gambar keretanya bersama nombor pendaftaran asal buat tatapan umum.

Difahamkan Amir Raja Lawak kini lebih memfokuskan kepada perniagaan beliau berbanding menjadi pelakon. Beliau sebelum ini turut mendapat perhatian media selepas berjaya menjadi contoh kepada orang ramai untuk mengeluarkan zakat.

Tahniah diucapkan buat Amir Raja Lawak, semoga lebih banyak kejayaan bakal diperoleh atas hasil usaha usahawan serta pelakon ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber : Rotikaya

Be the first to comment on "Amir Raja Lawak Mohon Maaf Kepada Pemilik Nombor Kenderaan AME12"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*