Sudah menjadi hobi, ada yang suka menyimpan barangan koleksi. Namun, Islam tidak pernah melarang umatnya mencari harta dan kekayaan, namun mengumpul dan menghimpun kekayaan merupakan satu sifat yang tercel4.
Jadi, andai masih ada yang suka menyimpan barangan namun tidak pernah digunakan, sebaiknya ia disedekahkah kepada orang lain kerana setiap bahagian itu akan dihisab di sana kelak.
Terbaharu, mengambil pendekatan yang sama, usahawan dan selebriti popular, Noor Neelofa mengambil keputusan untuk menjual sebahagian daripada koleksi kasut berjenama mewah miliknya pada satu karnival preloved yang akan berlangsung pada 4 dan 5 Februari ini.
Menerusi beberapa siri hantaran di Instagram Stories miliknya, Neelofa, 34, memberitahu kebanyakkan kasut tersebut sudah tidak lagi digunakan. Menurut Lofa, lebih baik dijual secara preloved dengan harga yang murah berbanding tersimpan rap1 di dalam kotak.
Saya nak buat preloved kasut-kasut saya yang banyak ni. Ada macam-macam jenama terkemuka. Kebanyakan saiz 36,37 dan 38. Semua murah-murah saja. Majoriti saya dah pernah pakai. Saya nak jual RM300, RM500 dan RM800.
Ada yang harga asal RM14,000 tapi saya nak jual RM1,000 sahaja. Tak tahu nak buat apa dah. Letak dalam kotak begitu sahaja. Sayang. Korang belilah. Murah-murah sahaja.”- tulis beliau.
Pada perkongsian sama, Ibu kepada Muhammad Bilal itu turut mengingatkan bakal pembeli bahawa semua koleksi kasut tersebut sudah pun dipakai dan bukan dalam keadaan yang sempurna seperti baharu.
“Saya cuma nak beritahu, kasut saya ini semua 90 peratus dah pakai, tapi ada juga selebihnya yang masih belum pakai. Jadi kepada anda jangan ingat ia masih dalam keadaan sempurna,” tambah isteri pendakwah beba$, Haris Ismail.
Sumber: Neelofa
Be the first to comment on "“Ada harga asal RM14,000, tapi nak jual…” Neelofa Nak ‘Lel0ng’ Koleksi Kasut Kasut Jenama Mewahnya"