Kongsi Kisah Doa Dikabul, Emma Syukur Diberi Peluang Lagi Ke Tanah Suci Bersama Suami Dan Anak

Pelakon Emma Maembong berkongsi kisah doanya pada tahun 2019 yang diangkat satu per satu mengikut permintaan diri.

Doa dipercepatkan jodoh

Menerusi hantarannya di laman Instagram, Emma menyatakan bahawa dia memohon doa agar dipercepatkan jodoh pada tahun 2019 di hadapan Kaabah dan doanya diangkat pada tahun seterusnya.

2019 Emma berdoa depan Kaabah untuk percepatkan jodoh, dan setahun kemudian, Allah makbulkan doa Emma. Emma kahwin pada 2020 dan dikurniakan cahaya mata dalam tahun yang sama.

Sekali lagi, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Binti Ismail dijemput ke Mekah untuk menunaikan ibadah bersama suami, Muhammad Shazli Azhar dan anaknya, Shariq Gabriel.

Susulan daripada itu, pelakon tersebut meluahkan rasa syukur kerana doanya didengari dan dimakbulkan mengikut kemahuannya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial)

Semoga tutup avrat…

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitip doa dan harapan agar Emma dan adik beradik yang lain kekal menutup aur4t.

 

Sumber: Instagram @emma_maembongofficial

Be the first to comment on "Kongsi Kisah Doa Dikabul, Emma Syukur Diberi Peluang Lagi Ke Tanah Suci Bersama Suami Dan Anak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*