SEBELUM memelvk agama Islam, You Narae dari Ansan, Gyeonggi-do, Korea Selatan hanya seorang gadis biasa yang mengusahakan kedai menjual kuih walnut bersama ibunya.
Namun takdir ALLAH menemukan You Narae dengan Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim, seorang jejaka Melayu berasal dari Kota Bharu, Kelantan yang kini menjadi pasangan hidupnya.
Pada awal perkenalan mereka lebih setahun lalu, Nik Muhammad Rizal atau mesra disapa sebagai Ryzal menawarkan untuk mengajar bahasa Inggeris secara percuma kepada You Narae atau kini dikenali dengan nama Islamnya, Maryam dengan syarat wanita itu sudi mengajarnya bahasa Korea.
Bermula daripada hubungan ‘guru dan pelajar’ keakraban yang terjalin menjadikan masing-masing tidak berasa janggal untuk berkongsi kisah peribadi.
Lebih bermakna apabila hati kecil wanita itu terbuka untuk mengenali Islam setelah berkenalan dengan Ryzal yang pada ketika itu merupakan seorang pelajar Jurusan Kewartawanan di Universiti Korea.
Terkenal dengan telatah lawak yang membuatkan semua terhibur, Mariam dan suaminya selalu memuatnaik konten yang lawak. Walaupun berketurunan korea, mariam fasih berbahasa melayu baku dan juga fasih sedikit berbahasa kelantan.
Terkini, sebuah video telah dimuatnaik di aplikasi Tik Tok milik mereka iaitu DurianKimchi apabila ianya memaparkan Maryam sedang memakan ulam- ulaman sambil bersembang menggunakan bahasa kelantan.
Malah cicoh budu hirup jeee
Walaupun orang korea selatan tapi maryam boleh berbahasa kelantan dengan baik walaupun tidak la fasih sangat.
Apa yang menarik perhatian warganet bukanlah Maryam yang sedang memakan ulam- ulaman tetapi maryam yang boleh menghirup budu seperti budu itu sup ayam. Mana la tidak terkejut semua orang sebabnya budu itu kan masin, macam mana la maryam boleh hirup macam minum air je kan. Memang suka sangat budu nampaknya.
Rata- rata warganet terkejut apabila maryam menghirup budu itu seperti minum air sahaja. Selain itu juga ramai yang memuji kecantikan maryam apabila sudah mula bertudung sekarang ini.
Komen Netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media
Sumber : @uyounik
Be the first to comment on "“Mek Kelate Pun Kalah..” Selamba Hirup Budu, Maryam Durian Kimchi Bikin Berdekah"