Baru-baru ini, Zaki dan Yamani membuat kejutan apabila muncul sebagai juara Famili Duo musim kedua menumpa$kan tiga pencabar lain iaitu Ayda Jebat dan Fyna Jebat, Wanie Kayrie dan Bella Astillah serta Sissy Imann dan Naim Daniel.
Pasangan adik-beradik ini mempertaruhkan lagu medley Pelukan Angkasa (SOG & Shila Amzah) dan Potret (Akim & The Majistret) pada pusingan pertama dan medley lagu Hutang (Floor88), Bunga (Altimet) dan Kau Pun Sama nyayian asal Syamel.
Baba datang ‘support’
Kehadiran bapa mereka yang menyaksikan pasangan adik beradik itu merentap bagi merebut hadiah kemenangan iaitu wang tunai berjumlah RM100,000 menjadi pemangkin buat mereka untuk juara.
Kemenangan itu sekali gus melayakkan mereka membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai sebanyak RM100,000.
Kedua-dua beradik ini juga sepakat untuk memberikan wang kemenangan buat kedua ibu mereka.
Dalam satu perkongsian yang dibuat pengguna TikTok dikenali sebagai @eijasignature, pasangan adik beradik tersebut telah meraikan kemenangan di kedai mamak bersama ibu-ibu mereka.
Sambut dekat mamak je
Dapat dilihat mereka begitu gembira dengan memotong kek dan bertepuk tangan menandakan betapa gembiranya apabila usaha keras selama ini berhasil.
Semoga mereka terus bahagiakan ibu masing2
Perkongsian tersebut telah menuai pelbagai komen daripada warganet yang rata-rata terharu dengan momen keluarga tersebut.
Mereka juga memuji ibu-ibu kepada pasangan penyanyi itu kerana tetap ada bersama anak mereka sehingga mereka mencapai salah satu kejayaan dalam karier.
Video:
@eijasignature Semoga ukhuwah ini kejal smpi jannah❤️🥰😍 #zakiyamani #yamaniabdillah #yamanibrothers #theyamanis #zakiyamanilovers #yamaniabdillahfc #familiduotv3 #champio #fyp ♬ Pelukan Angkasa (feat. Shila Amzah) – Sekumpulan Orang Gila
Sumber: omm
Be the first to comment on "Sempoi Betul. Bawa Ibu Masing2, Anak-anak Jamal Abdillah Sambut Kemenangan Di Kedai Mamak"