Dah Bayar Lebih Rm240k, Rumah Ibu Ayah Masih Terbengkalai. Amyra Rosli Redha Kena $cam!

Pelakon dan pengacara jelita, Amyra Rosli meluahkan rasa terkilan dan kecewa apabila menjadi m4ngsa t1pu oleh sebuah syarikat pereka dalaman yang sepatutnya bertanggungjawab menyiapkan renovasi rumah orang tuanya.

Amyra atau nama sebenarnya, Nur Amira Izzati Rosli mend3dahkan sudah membuat pembayaran lebih RM240,000 kepada syarikat berkenaan, namun sehingga kini masih tiada sebarang perkembangan p0sitif mengenainya.

“Saya gunakan khidmat pereka dalaman dari sebuah syarikat ** ini, kononnya dapat memudahkan dan mencantikkan rumah mama ayah saya.

“Selepas membuat bayaran lebih RM240,000 dan hampir setahun kami menunggu dan sabar dengan segala alasan dari mereka,”luahnya.

Bukan setakat tiada perubahan positif, malah keadaan bangunan rumah tersebut juga dikatakan semakin teruk ‘dikerjakan’.

“Inilah hasil yang saya dapat …semakin rosak bangunan rumah mama ayah,”

Dalam hantaran sama, Amyra yang juga isteri kepada pelakon Amar Bahrin menceritakan sudah ramai orang turut menjadi m4ngsa penipuan oleh syarikat berkenaan.

“Banyak juga saya dengar, ramai yang terkena dengan mereka, ambil projek banyak dan dibiarkan terbengkalai.

“Astaghafirullahazim, berani betul aniaya orang di dunia,”ujarnya.

Pun begitu, Amyra pasrah dan reda dengan nasib yang diterimanya, serta menganggap ada hikmah terjadi disebalik segalanya.

“Tidak mengapalah, kita serahkan semua pada Allah, itu yang terbaik saya rasa. Dunia pun dah ten4t, tak lama dah pun korang boleh ‘kenc1ng’ orang sana sini.

“Dan sekarang saya perlu mula dari garisan permulaan dek kerana pe1ipuan mereka. Sedih tapi alhamdulillah, mungkin ini ada hikmah disebaliknya,”luahnya.

Akhir hantaran, Amyra menitipkan kata-kata semangat dan berjanji akan berusaha menyiapkan renovasi rumah ibu bapanya secepat mungkin.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber: Instagram @aamyrarosli

Be the first to comment on "Dah Bayar Lebih Rm240k, Rumah Ibu Ayah Masih Terbengkalai. Amyra Rosli Redha Kena $cam!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*