“Powder Je Dah Dior “ Takvt Nak Nangis Sebab Mekap Mahal, Kecantikan Puteri Balqis Raih Pujian

Kehadiran pelakon berbakat, Puteri Balqis Azizi dalam salah satu persembahan peserta program Famili Duo tempoh hari sememangnya menjadi perhatian ramai.

Pandai menjiwai lagu itu
 
Demikian antara komen pujian yang ditinggalkan wargamaya kepada pelakon remaja, Puteri Balqis yang tampil dalam muzik video terbaharu penyanyi Yamani Abdullah.

Penampilan pelakon tersebut malam itu cukup memukau dan dipuji cantik apabila terlihat elegan dengan mekap serta busana yang sesuai dengan persembahan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Puteri Balqis Ashikin (@morosechild)

Menerusi perkongsian Rusa Music di Tiktok, dilihat Balqis telah terlibat dalam pengambaran muzik video lagu berjudul Balasan Janji yang akan ditayangkan pada 28 September ini.

@rusamusic Haih… Cute je @Puteri Balqis Ashikin ni 🤣 #rusamusic #rusamvm #andaihatikubersuara ♬ original sound – Rusa Music

Menurutnya, dia enggan mengambil mood terlalu awal kerana risau menangis sehingga merosakkan mekap yang telah dipakai. Gurauan tersebut disambut dengan ketawa oleh perakam dan dia juga terhibur dengan kata-katanya sendiri.

Perkongsian tersebut nyata telah menarik perhatian ramai apabila rata-rata yang meninggalkan komen memuji kecantikan Puteri Balqis.

Selain keterujaan peminat menantikan buah tangan Yamani diluncurkan, tumpuan wargamaya turut diberikan kepada lakonan penuh ‘emosi’ dan jiwa yang diberikan Balqis.
Rata-rata wargamaya memuji lakonan aktres muda itu yang dilihat cukup terkesan. Malah ada juga dalam kalangan wargamaya sehingga menitiskan air mata saat melihat perkongsian video tersebut.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber: TikTok @rusamusic

Be the first to comment on "“Powder Je Dah Dior “ Takvt Nak Nangis Sebab Mekap Mahal, Kecantikan Puteri Balqis Raih Pujian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*