“Nikah? Tunggu Ubai Buka Braces Lagi Tiga Tahun” – Shila Amzah

$pekulasi hubungan cinta penyanyi Shila Amzah dan pempengaruh media s0sial, Ubai Mz akhirnya terjawab apabila mereka tampil memberi penjelasan.

Menerusi sesi siaran langsung dalam akaun TikTok, Ubai mengakui, mula menyukai Shila sejak berusia 13 tahun sebagai peminat.

Namun, katanya, dia mula mendekati Shila ketika penyanyi mencipta nama di Tembok China itu berada dalam fasa kecew4 akibat kegag4lan rumah tangga.

“Saya suka dekat Shila sejak tingkatan satu pada 2011. Saya ‘follow’ Shila di Twitter.

“Dipendekkan cerita, saya mula mendekati Shila pada ketika berada di fasa sangat-sangat bawah.

“Masa itu, Shila baru bercera1 dan tiada siapa-siapa. Waktu itu, Shila menang1s dalam live TikTok.

“Saya rasa ‘budak ni $akit’, jadi saya mendekatinya. Saya sentiasa ada untuknya ketika susah dan $edih. Begitu juga saya sering menenangkan Shila,” kata Ubai.

Shila atau nama sebenarnya, Nur Shahila Amir Amzah, 33, menjelaskan hubungannya dengan Ubai atau Ubaidillah, 25, direstui ahli keluarga.

“Ibu bapa dan adik-beradik saya okay dengan Ubai. Jangan cakap hubungan ini tidak direstui sebab sebelum itu, mungkin ada sebab jika orang tidak sukakan?

“Tetapi, untuk kali ini saya boleh buat keputusan sendiri, jadi jangan risau,” jelas Shila.

Terbaharu, pemilik nama NurShahila Amir Amzah memberitahu dia belum bersedia untuk bercerita tentang perkahwinan meskipun sedang menyulam cinta sejak tahun lepas.

Memetik laporan Kosmo! Online, Shila ketika sesi siaran langsung mengatakan dia mahu memberi tumpuan terhadap beberapa perkara terutama anak tunggalnya, Seth Uwais yang kini berusia 3 tahun.

Tambah penyanyi berusia 33 tahun, belum tiba masanya lagi kerana ia memerlukan simpanan sendiri sebelum berlangsungnya perkahwinan.

“Saya masih muda. Berhenti tanya saya bila akan berkahwin lagi. Saya mahu bekerja, cari duit. Saya kena ada simpanan sendiri sebelum berkahwin.

“Sekurang-kurangnya tunggu sehingga Seth pandai bercakap,”ujar Shila.

Dengan nada berselor0h, Shila memberitahu dia akan melangsungkan perkahwinan, sekurang-kurangnya perlu menunggu pendakap gigi (braces) yang dipakai oleh Ubai dibuka dalam masa tiga tahun lagi.

“Lagipun braces Ubai pun lagi tiga tahun baru boleh buka. Jadi jangan bahas tentang pernikahan,”ujar pelatun lagu Patah Seribu.

Katanya lagi, apa yang penting sekarang ini adalah mahu membahagiakan diri sendiri terlebihi dahulu sebelum menjaga hati orang lain.

Sementara itu, Shila turut memohon peminat mendoakan perkara yang baik-baik buat dirinya terutama karier seni supaya semuanya berjalan dengan lancar.

Sekadar info, Shila Hamzah pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias namun telah berpisah pada Februari 2022 selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais yang kini sudah berusia dua tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media

Sumber: Kosmo! Online (Mohammad Shahemy Azmi)

Be the first to comment on "“Nikah? Tunggu Ubai Buka Braces Lagi Tiga Tahun” – Shila Amzah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*