Tahniah kepada pengarah muda dan juga adik kepada Syamsul Yusof iaitu Syafiq Yusof dan juga isteri kerana telah selamat menimang cahaya mata pertama. Perkara tersebut dikongsikan oleh Syafiq sendiri di laman Instagramnya.
Syafiq menzahirkan rasa syukur selepas memaklumkan isterinya, Aeisah Zainal telah selamat melahir cahaya mata ketiga mereka awal pagi tadi.
Jelas Syafiq hasratnya untuk menimang cahaya mata lelaki akhirnya menjadi kenyataan.
“Alhamdulillah, Syukur Ya Allah. Anak ketiga yang juga merupakan anak lelaki pertama. Muhamad Nu’Aiman Bin Muhamad Syafiq,” tulisnya.
Menerusi entri yang sama, pengarah filem Abang Long Fadil 3 ini juga turut berkongsi wajah anaknya itu buat tatapan para pengikutnya di media sosial.
View this post on Instagram
Malah, Syafiq turut memaklumkan dia dan isteri telah bersepakat untuk menamakan anak mereka itu Muhamad Nu’Aiman Bin Muhamad Syafiq.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut sama menzahirkan rasa teruja selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Syafiq dan isteri.
Berita gembira itu turut disambut gembira oleh peminatnya yang turut sama mendoakan kebahagiaan dan juga rezeki keluarga ini melimpah ruah. Apa pun, semoga pasangan ini dipermudahkan dalams segala urusan.
Untuk rekod, Syafiq dan Aeisah diijab kabulkan pada April 2014 dan telah terlebih dahulu dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Syafiq Yusof
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media
Sumber :
Be the first to comment on "Yusof Haslam Timang Cucu Ke-8. Syafiq Yusof Syukur Dapat Anak Lelaki"