Datin Elvina Mohamad Umum Berita Gembira, Kini Hamil Anak Kedua

PELAKON Datin Elvina Mohamad berkongsi khabar gembira apabila dia kini sedang sarat hamil anak kedua.

Elvina, 28, yang sedang bercuti di Tokyo, Jepun membuat pengumuman itu dengan memberitahu anak sulungnya, Karl Marteen bakal bergelar seorang abang tidak lama lagi.

“Kami tak sabar nak jumpa ahli keluarga baharu tidak lama lagi! #babynumberTWO (bayi nombor dua).

“Karl akan menjadi seorang abang,” katanya.

Menerusi posting tersebut, pelakon berusia 28 tahun itu memuat naik sekeping gambar ketika bercuti di Tokyo Disneyland, Tokyo, Jepun bersama keluarga kecilnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ELVINA MOHAMAD 🦋 (@elvinamohamad)

Gambar berkenaan memaparkan suaminya Datuk Haniff Borhan dan anak mereka, Karl Mateen memegang bahagian perut pelakon itu yang kini terbentuk  ‘baby bump’.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikut meluahkan kesyukuran dan mengucapkan tahniah selain mendoakan Elvina dipermudahkan segala urusan.

Tahun lalu, Elvina reda apabila mengalam1 kegvguran ketika kandungan memasuki usia tiga bulan.

Untuk rekod, dia dan suami mendirikan rumah tangga pada 18 Mac 2018 dan dikurniakan putera sulung tersebut yang kini berusia empat tahun.

Sumber: Instagram Elvina Mohamad

Be the first to comment on "Datin Elvina Mohamad Umum Berita Gembira, Kini Hamil Anak Kedua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*