Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatudin Al-Mustafa Billah Shah sememangnya terkenal dengan sikapnya yang berjiwa rakyat.
Baru-baru ini, anakanda kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Perma1suri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ini berkenan bertitah melalui hantaran di Instagram peribadinya.
Difahamkan, Tengku Hassanal baharu sahaja melalui pemb3dahan di sebuah h0spital di Singapura serta berkongsi gambar memakai baju pes4kitdi atas katil h0spital.
Walau masih dalam rawatan, disebabkan prihatin dengan nasib rakyat Tengku Hassanal turut menitipkan ingatan agar kerajaan bertindak segera selepas bencana banjir melanda bumi Pahang.
Titah Tengku Hassanal di akaun Instagram peribadi: –
“Alhamdulillah, saya selesai menjalani operation. saya mendapat maklumat keadaan banjir di pahang agak teruk.
“Saya memohon pihak kerajaan negeri Pahang dan kerajaan persekutuan agar bertindak dengan segera untuk menangani m4ngsa-m4ngsa banjir.”
Tengku Hassanal turut menitipkan doa buat m4ngsa-m4ngsa yang terlibat.
“Saya sentiasa mendoakan semoga semua orang kampung selamat dan berjaya dalam menempuh keadaan bencana banjir yang melanda ini.”
View this post on Instagram
Dalam pada itu, warga maya turut mendoakan agar Tengku Hassanal segera pulih.
Untuk info, Tengku Hassanal Ibrahim merupakan pewaris takhta kesultanan Pahang Darul Makmur. Diputerakan pada 17 September 1995 di h0spital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, baginda diisytiharkan sebagai Tengku Panglima Besar Pahang berkuat kuasa pada 18 Jun 2018.
Berikutan ayahanda baginda menaiki takhta sebagai Sultan Pahang yang keenam, Tengku Hassanal dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang yang dimasyhurkan pada 29 Januari 2019.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Stedy Media
Kredit Foto: Instagram Tengku Hassanal
Be the first to comment on "Syafakallah. Tengku Hassanal Jalani Pembed4han Di Singapura"